Monday, January 01, 2007

Welcome 2007!

It's 2007! sedar tak sedar dah masuk tahun baru.. rasanya azam² aku tahun lepas ada jugak yang tercapai dan ada jugak yang tak.. cepat sangat masa berlalu.. tambah² semester 2 ni.. aku rasa macam baru 3 minggu kat MMU ni walhal dah 2 bulan kat sini.. haha.. hopefully minggu ni menjadi minggu terakhir aku belajar kat sini.. lepas ni kena pikir nak cari kerja.. azam aku tahun ni adalah untuk cuba mendapatkan kerja dan memperbaiki kewangan aku.. kadang² aku terpikir jugak, sampai bila nak mengharap duit orang tua kita dan aku rasa ini la masa yang paling sesuai untuk aku berdiri sendiri..

habis exam ni aku nak balik rumah dan nak merancang perjalanan hidup aku seterusnya.. ya la kan, dulu enviroment belajar, sekarang nak masuk enviroment berkerja.. bukan senang tu.. boleh culture shock nanti.. hehe.. aku ada juga rasa macam nak sambung master or ambil degree lain tapi sebolehnya aku nak kerja dulu.. lepas tu baru pikir lain..

so here i want to wish everybody happy new year.. fill ur heart with new hope and reach out for new opportunities!


Sunday, December 31, 2006

عيد الأضحى

Selamat Hari Raya Haji to all muslims out there.. may the blessed occasion of Eid ul-Adha grace all of u with happiness and fill ur life with peace..

Tahun ni aku raya di perantauan buat kali ke-4, kalo tak silap aku la.. nak balik tapi exam dah dekat sangat.. so kalau aku balik dah memang komfirm aku tak studi.. baik duduk ja kat MMU ni.. pagi kang semayang raya reramai jom!! hehe..

"Eid ul-Adha is celebrated by Muslims worldwide as a commemoration of Prophet Ibrahim's willingness to sacrifice his son Ismael for Allah. Others celebrate Eid ul-Adha as it marks the end of the Pilgrimage or Hajj for the millions of Muslims who make the trip to Mecca each year."

Thursday, December 28, 2006

Celebrity?

haha.. go to http://www.myheritage.com/ and click the face recognition section.. upload your picture and see your celebrity looked-alikes.. Me?? The Rock?? cool!! haha..

Monday, December 25, 2006

Christmas!

haloo everybody!! haha.. first sekali aku nak ucapkan merry christmas la kepada kawan² aku yang menganut agama kristian.. dah lama aku x sentuh benda alah ni.. bukan nya tak da menda nak tulis tapi aku malas nak tulis.. untuk pengetahuan semua aku dah masuk balik ke MMU 2 bulan lepas untuk menghabiskan sisa baki subject aku.. 1 subject ja pon.. haha.. actually subject ni untuk sem depan tp fakulti aku offer sem nie.. so aku amek ja la memandangkan aku pon dah bole tahan bosan dok rumah.. harap² aku lepas la subject jepun 2nd ni..

sedar tak sedar sedang aku menaip blog nie rupanya dah exam week.. so maknanya minggu depan aku exam.. tapi aku tak start study lg pon.. harap² aku lepas sem ni dan gred so aku bole cari kerja.. actually aku pon tak berapa nak pasti kerja apa aku nak cari dan kat mana aku nak kerja.. belum merancang masa depan dengan teperinci.. short term mission aku sekarang adalah untuk gred sem ni..

sekarang aku nak sambung cerita post kat bawah ni.. actually berjaya gak aku perform kat Alor Setar Mall tu.. haha.. ok la untuk beginner cam aku.. pastu aku masuk mmu budak² ni ajak perform untuk MGA 06 (Malam Gemerlapan Aidilfitri).. so aku tak da hal la.. bedal ja.. so malam tu yang main termasuk aku, joe, sapek, john, avi, dan haza.. dan band tu diberi nama **** and the flower pots! haha.. nama depan tu x leh reveal la nanti john marah aku.. hehe.. seingatkan aku malam tu kami main 3 lagu.. tapi yang aku ingat 2 ja, lagu anuar zain masa kecik tu ngan lagu m.nasir, satu hari di hari raya.. performance malam tu ok la tapi takda la bagus sangat.. kantoi² tu tetap ada.. hehe.. 2 minggu pastu aku, joe, john ngan haza main kat UPG retro 70's nya event.. kali ni agak mengelabah la.. berbaloi dengan sejam preparation.. baget nak main 4 lagu last² 2 lagu ja main.. hehe.. lagu kami main sebenarnya tak kena ngan tema pon.. lagu eric clapton - wonderful tonight dan eagles - hotel california.. pedulik la, at least main gak.. haha.. gambar kat bawah nie gamba masa retro 70's.. gambar2 event lain tak ada sebab orang tak amek gambar kami.. hehe..

joe lupa lirik.. haha..

***** and the flower pots! :p

Friday, September 15, 2006

Live Stage Performance!

Post kali nie nak cerita skit pasal pengalaman aku berkenaan perform live atas stage. The very first and last time adalah masa MMU Career Fair 06 aritu. Sebelum pada tu memang aku tak pernah perform live atas stage, sekadar jamming suka-suka untuk menghiburkan hati saja. Hehehe. So masa perform aritu kami (aku, yassir, johari, sapek dan johan) mewakili komiti MMU Career Fair 06 mendendangkan 2 buah lagu iaitu Habounen-Rahsia Luna (OST filem Salon) dan juga Radja-Jujur. Memandangkan itu merupakan kali pertama aku perform atas stage so agak berterabur jugak la petikan bass aku ditambah pula dengan perasaan cuak main depan orang. Budak-budak lain tak ada masalah sebab derang nie dah biasa perform.

Petang tadi aku gie kelas dan cikgu ada bagitau aku bulan depan Muzik System (kedai music/music school kat tempat aku) akan buat Pop Music School Live Performance kat Alor Setar Mall. Tak silap aku dia cakap 20 aribulan Oktober nie, beberapa hari sebelum Hari Raya. Dia ajak aku main bersama dengan 3 orang lagi student kat situ. Kali nie aku akan bermain gitar dan bukan bass. Hehehe. Lagu yang akan dimainkan adalah lagu Cha-cha berjudul Sway. Menarik lagu tuh dan aku agak cuak sebab aku tak pernah main kat tempat yang open gila babeng tambah pulak main dengan cikgu sendiri. Huhuhu. So yang mana dok dekat-dekat tu nanti mai la tengok!! tu pon kalau jadi laa.. hahaha!

Dari kiri: Sapek (Guitar), Yassir (Drum), Johari (Acoustic/Vocal), Aku (Bass), Johan (Guitar/Vocal)

Tuesday, September 12, 2006

Emptiness!

Huarghhh.. minggu nie dah start balik hari-hari bosan aku.. last 2 weeks agak happening sebab budak-budak balik cuti.. bole gak la main futsal, lepak-lepak minum.. minggu nie semua dah balik universiti masing-masing.. member aku sorang dari jepun pon balik.. so malam-malam tu lepak kat kedai abang dia tapi arinie dia dah chow balik jepun so dah tak dak port nak lepak.. gie kerja pon dah naik bosan sekarang, tak tau nak buat apa.. kerja pon dah terbengkalai sebab tak ada solution.. sampai ja opis tak tau nak buat apa.. hari-hari tengok movies sampai penin.. bos pon tak penah nak amek tau so aku pon buat tak tau la kan.. balik kerja, lepak jap pastu gie main bola kat padang taman sebelah.. main bola pon bosan.. aku pelik sungguh la, main bola petang-petang pon nak "bias", nak pilih-pilih geng.. bukan nak main match bebetul pon.. pastu ada plak yang bising main tak pandai la itu la ini la.. memang la tak pandai kalo jenis main camtu, sampai mati pon tak pandai.. main la at least bagi balance sama-sama team baru syiok.. betul tak??? malam lepak kat rumah ja aku.. budak-budak dah tak ada so tak tau nak lepak mana.. duduk rumah download torrent pastu layan tv series.. abes layan makan jap pastu tido.. so thats my life for the past 4 months.. full of emptiness!!!

Saturday, July 29, 2006

Squire California Series Again???

Yup, i bought it last 2 week.. actually i wanted to buy a Samick SG copy unfortunately the guitar was sold out so i decided to gamble on the same squire again.. Kali nie aku bila aku main aku rasa feel tu ada kat gitar tu.. lama gak laa aku ngan sorang mamat chinese kedai Muzik System test gitar tu, ada la dekat 4 jam gak.. hahaha.. lama benor.. so at last im decided to buy it again.. Setelah sekian lama aku menghimpun duit dalam masa industrial training kat Kedah nie at last berjaya jugak aku beli gitar sebijik.. hehe.. Maseh la untuk mamat chinese kedai Muzik System tuu, mmg frenly abes.. main gitar pon powe.. tabek sama luu.. dan tak lupa jugak buat kakak aku yang tlg bawak balik gitar sebab time tu aku gie naik moto.. hahaha..


p/s: semalam aku gie kedai Muzik System tu ingat nak angkat amp Roland Micro Cube tapi naseb kurang baik dah ada org beli plak.. so kena order and tunggu minggu depan.. masa aku beli gitar aritu aku test amp nie, power hanya 2 watt tapi bunyik macam 20 watt!! hahaha.. nanti aku dah dapat kita cerita lagik pasal amp tu..